Vaksinasi adalah salah satu langkah pencegahan paling berkesan untuk melindungi haiwan peliharaan anda daripada penyakit berjangkit yang berbahaya dan berpotensi membawa maut.
Anak kucing biasanya boleh menerima dos vaksin pertama pada umur 6 hingga 8 minggu. Selepas itu, mereka memerlukan dos penggalak (booster) setiap bulan sehingga umur 16 minggu. Untuk kucing dewasa, vaksinasi tahunan adalah disyorkan.
Jangan tunggu sehingga si bulus anda sakit. Tempah janji temu di MHI Animal Medical Centre untuk mendapatkan nasihat dan jadual vaksinasi yang tepat daripada doktor veterinar kami.